Sunday, 9 July 2023

Reka Bentuk Kurikulum Malaysia


PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH (KPF 4023)


1

NORHASLINDA BINTI ROSLI

L20221012708

2

NURUL HUDA BINTI HUSIN

L20221012712

3

NUR AMALINA BINTI ZAHARI

L20221012727




NAMA PENSYARAH: Profesor Madya Dr. Khalip bin Musa

KONSEP DAN PENGERTIAN REKA BENTUK DAN MODEL KURIKULUM

Pengenalan

Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju wawasan Negara.

Walaubagaimanapun, kurikulum pendidikan masih berteraskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu adalah tanpa asas. Kurikulum  yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi insrtrumental / sosial dan dimensi intrinsik.

Kurikulum ialah segala rancangan pendidikan (akademik dan kokurikulum) yang dikendalikan oleh sesebuah institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Ia suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahlinya. Kurikulum kebangsaan yang ditetapkan hendaklah menentukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperolehi oleh murid-murid pada akhir tempoh persekolahan masing-masing (Akta Pendidikan 1996).

Oleh itu, kurikulum amat penting dalam sistem Pendidikan di Malaysia. Kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (Mastura Badzis, 2008).

REKABENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

Maksud Rekabentuk Kurikulum

    Rekabentuk kurikulum bermaksud cara kurikulum itu dikonsepsikan dan komponen-komponen utama kurikulum seperti (matlamat dan objektif, kandungan kurikulum, kaedah media dan penilaian disusun dalam sesuatu kurikulum untuk menghasilkan instruksi).

    Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994)

Model-model kurikulum

Hilda Taba (1962)

lModel kurikulum rasional\objektif

lMenekankan proses pemikiran induktif dalam pengajaran dan pembelajaran.

lMenggunkan pendekatan grass-roof iaitu perancangan bahan-bahan mesti direka bentuk oleh guru.

lLogik linear; Tujuan ditentukan - Cara diusahakan - matlamat ditetapkan.

Stenhouse(1975)

Kurikulum bukan berbentuk fizikal tetapi berkaitan dengan interaksi guru, murid dan ilmu. Kurikulum adalah perkara sebenar yang berlaku dalam bilik darjah dan dilakukan oleh seseorang untuk membuat persediaan dan penilaian. Proses yang aktif dan dihubungkaitkan dengan set penaakulan praktikal Aristotle Cubaan penyampaian prinsip-prinsip dan ciri-ciri pendidikan dalam satu bentuk terbuka untuk penilitian kritis dan boleh diterjemahkan kebentuk prakital Perlu penyediaan asas untuk merancang sesuatu kursus , mengkaji secara emperikal dan mempertimbangkan alasan secara praktikal. Ia harus menawarkan;

a) Perancangan-

lPrinsip pemilihan kandungan - apa yang perlu diajar dan dipelajari-

lPrinsip perkembangan startegi pengajaran - bagaimana ia dipelajari dan diajar

lPrinsip membuat keputusan tentang urutan-

lPanduan untuk guru bagi kesesuaian untuk melaksanakan kurikulum dalam pelbagai konteks-

lMaklumat tentang kepelbagaian kesan dalam konteks yang berbeza

Zais (1976)

Model ini menurut sejumlah guru dalam satu sekolah untuk mengorganisasikan dirinya dalam memperbaharui kurikulum. Staf pengajar bekerja dalam bentuk organisasi berstuktur atau bekerja sendiri-sendiri. Dalam model ini, pembaharuan kurikulum dicontohkan dalam satu skala kecil untuk diaplikasikan oleh para pengajar yang lain.

Klasifikasi Model Reka Bentuk Kurikulum

Klasifikasi

Pelopor

Ciri-ciri

Model Rasional/Objektif

-Tyler

-Taba

Logik linear; Tujuan ditentukan, Cara diusahakan, matlamat ditetapkan

Model Berkitar

-Wheeler

-Nicholls & Nicholls

-Mac Donald

Logik dalaman saling berkait; Menekankan penyelesaian masalah & saling hubunagn sistem

Model Dinamik/Interaksi

-Zais

-Walker & Skillbeck

-Saylor & Alexander

-Goodlad

Logik linear; Integrasi pelbagai pembolehubah dasar dan pembolehubah komponen.

 

Orientasi & Pola Reka Bentuk kurikulum

Orientasi Reka Bentuk Kurikulum


 

Berpusatkan pelajar

-Pembelajaran mengikut minat pelajar

-Organisasi kurikulum (minat, keperluan dan tujuan pelajar)

-Berorientasikan aktiviti dan membina pengalaman

-Bersifat terbuka kepada pelajar untuk turut sama dalam mereka bentuk kurikulum yang hendak mereka pelajar

-Contohnya; Sukatan pelajaran harian

Berpusatkan masyarakat

-Berdasarkan kepada kesejahteraan masyarakat

-Berasaskan pemikir bahawa manusia sebagai makhluk sosial yang perlu hidup bersama dan ada konflik

-Dasar penyusunan struktur kurikulum tidak jelaskerana kurikulum hanya menekankan minat pelajar.

-Contohnya; Nilai dan norma masyarakat

Berpusatkan Akademik

-Menekankan pengetahuan, nilai dan warisan budaya

-Berorientasi kepada subjek dan pengetahuan

-Fokus kepada pengetahuan bagi membangunkan intelek-Kurikulum berpusatkan isi kandungan (apa yang akan diajar)

-Contohnya; Kurikulum kebangsaan

Elektik

-Gabungan lebih dari satu pola dan orientasi kurikulum

-Contohnya; Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

Pola Reka Bentuk Kurikulum

 Kurikulum sebagai perancangan.

-Dalam pendidikan,kurikulum sangatlah penting dalam merancang pengajaran seharian

-Racangan pengajaran pula berpandukan topik yang disenaraikan dalam rancangan kerja dan silibus, yang juga merupakan sebahagian daripada kurikulum bagi sesuatu mata pelajaran.

-Contohnya; Sukatan Pelajaran Harian

Kurikulum sebagai objektif

-Objektif ditetapkan selaras dengan keperluan murid, masyarakat, pandangan pakar dalam bidang berkenaan berdasarkan falsafah dan matlamat pendidikan.

-Contohnya; Objektif pendidikan dalam kurikulum kebangsaan

Kurikulum sebagai proses

-Bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara guru, murid, bahan dan pengetahuan.

-Contohnya; aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Kurikulum sebagai hasil / outcome

-Kurikulum yang dapat melahirkan insan yang mempunyai keseimbangan dari aspek intelek, rohani, emosi, jasmani dan rakyat yang dapat memnuhi aspirasi negara.

-Contohnya; keberhasilan pembelajaran mengikut domain kognitif, afektif dan psikomotor.

 

Teori-teori mendasari reka bentuk kurikulum

Terdapat beberapa teori yang mendasari reka bentuk kurikulum. Antaranya ialah Teori tradisional dimana ianya disokong oleh ahli-ahli akademik yang ternama seperti Dewey, Bobbit, Tyler, Taba, Dull dan lain-lain. Teori ini memberikan pemfokusan terhadap pendekatan tingkah laku dan ianya dikenali sebagai kurikulum tersurat. Ini kerana objektif pembelajaran kurikulum ini boleh ditentukan sama ada ianya  tercapai atau tidak. Teori ini mementingkan proses pemindaan pengetahuan serta  menganggap proses pendidikan boleh dikenal pasti, dijelaskan dan dikawal. Kurikulum dibina dengan mengambil proses pemecahan tingkah laku dan pengajar bertindak sebagai penyampai maklumat dan dilatih dalam melaksanakan kurikulum dengan berkesan.

Seterusnya, teori rekonseptual juga merupakan teori yang digunakan untuk mendasari reka bentuk kurikulum. Ianya disokong oleh kebanyakan yg berfahaman Marxism dan Neo-Marxism seperti James Macdonald, Michael Apple, Harold Rugg. Robert Yoong dan lain-lain. Teori rekonseptual merupakan bidang yang dapat membekalkan pedoman dan garis panduan ketika membuat keputusan. Menurut Ornstein dan Hunkins (1988), manusia sering bertungkus-lumus mencari maklumat dari bukti bertulis berbanding menggunakan kebijaksanaan sendiri. Teori rekonseptual menganggap kurikulum sebagai bahan penting yang membawa kesedaran dan perubahan kepada masyarakat. Ini kerana kurikulum bertujuan untuk mewujudkan golongan pelajar mempunyai kesedaran dan berupaya mengubah masyarakat. Teori ini berpendapat bahawa pelajar perlu menganalisis kebenaran dari semasa ke semasa serta mengimbas kembali kepercayaan dan pendapat yang mempengaruhi kehidupan.

Selain itu,terdapat juga teori lain yang mendasari reka bentuk seperti teori konseptual. Teori ini disokong oleh kebanyakan ahli akademik yang berfahaman psikologi kognitif seperti Bloom, Brunner, Stake dan lain-lain. Ahli akademik berpendapat ilmu pengetahuan distrukturkan mengikut konsep utama. Konsep utama diorganisasikan untuk mendedahkan hubungan penting dan seterusnya menghasikan kurikulum tersusun sehingga pelajar dapat menguasai konsep ilmu pengetahuan dengan mudah. Ianya memberi fokus kepada analisis situasi semasa dan mencadangkan pilihan pada kandungan kurikulum . Teori Konseptual merujuk kepada kaedah penelitian dalam sains bagi menghasilkan generalisasi yang memungkinkan pendidik meramal dan mengendalkan apa yang beriaku di sekolah (Ishak Ramli, 1993, p.114). Menurut Ornstein dan Hunkins (2017), kerangka konseptual adalah komponen-komponen kurikulum yang diorganisasi secara menegak dan mendatar. Kurikulum diorganisasi supaya topik-topik yang sama diajar dalam tahap yang berbeza tetapi dalam peningkatan yang terperinci dan semakin tinggi tahap kesukarannya.

 

Prinsip penyusunan reka bentuk kurikulum

 

Di bawah terdapat beberapa keterangan mengenai prinsip

Prinsip

Keterangan

Contoh

Urutan

Pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam.

Timbunan- tambahan ilmu

Kesinambungan

Merupakan pemeringkatan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid-murid sejajar dengan pertumbuhan fizikal dan perkembangan mental seiring dengan peningkatan usia mereka.

Pemeringkatan illmu

Integrasi

Menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh

Pengalaman pembelajaran

Skop

Berkaitan dengan tahap pendidikan yang membolehkan setiap pelajar menguasai kandungan mengikut tahap-tahap pendidikan dan kognitif.

Pendidikan dan kognitif

Imbangan   

Merujuk kepada kadar agihan, kepadatan muatan dan kesesuaian kandungan dengan masa pembelajaran yang diperuntukkan kepada pelajar-pelajar untuk menguasainya.

Agihan kesepadanan kepadatan kandungan

 

Model Kurikulum Rasional oleh Tyler (1949)

Empat Langkah/Persoalan

Pengalaman Pembelajaran

i. Pengertian

Pengalaman pembelajaran adalah interaksi antara murid-murid dan keadaan persekitaran mereka. Pengalaman pembelajaran boleh diberikan melalui keterlibatan pendengaran, penglihatan, perbuatan, kombinasi pendengaran, penglihatan, penglibatan dan perbuatan. Pengalaman tersebut berbentuk konkrit dan mudah difahami oleh murid dalam pembelajaran mereka.

ii. Ciri-ciri

§Setiap pengalaman belajar harus memuaskan pelajar.

§Kesinambungan : pengulangan menegak dari segi unsur-unsur penting kurikulum.

§Urutan : kaitan dengan kesimpulan. Ia menekankan betapa pentingnya pembinaan pengalaman yang baru berasaskan pengalaman yang lalu dan mendalami perkara-perkara yang dikaji serta mempengaruhi setiap tahap pengalaman pembelajaran.

§Integrasi : perkembangan mendatar pengalaman kurikulum yang menyentuh untuk menolong murid supaya mendapat satu pandangan yang bersepadu cara beransur dan menentukan bahawa tingkah laku itu sejajar dengan perkara yang dikaji.

§Pengalaman pelajar harus sesuai dengan tujuan yang ingin dicapai. Setiap tujuan akan menentukan pengalaman pembelajaran.

§Setiap rancangan pengalaman pembelajaran sebaiknya melibatkan pelajar. Mungkin dalam satu pengalaman dapat mencapai tujuan yang berbeza.

iii. Pelaksanaan

§Menentukan isi kandungan bagi mencapai tujuan kurikulum berdasarkan pengalaman yang telah dimiliki oleh pelajar.

§Bahan yang dipelajari disusun pada unit-unit yang dapat digambarkan.

§Urutan pembelajaran dapat memudahkan terhadap penilaian pembelajaran.

§Penyusunan pengalaman pembelajaran adalah secara dimensi menegak dan dimensi mendatar.

 

Prinsip Operasi Kurikulum Kebangsaan

Kurikulum kebangsaan perlu dikaji semula bagi memastikan kurikulum yang menyeluruh  dan sentiasa releven. Relevan dari segi pembentukan  modal insan yang seimbang dari segi menangani cabaran semasa dan masa depan.pembentukan  kurikulum perlu, berikutan Gagasan Ketiga Ucapan Dasar Y.A.B Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006 yang menuntut supaya sistem Pendidikan Negara memberi penekanan kepada 4 aspek utama , pertama Pembangunan Modal Insan, kedua menghasilkan pelajar yang mampu berfikir secara kreatif dan kritis, ketiga pembentukan warga yang mampu menguasai ilmu, dan kemahiran , dan keempat program mendidik akal 987 dalam melahirkan pelajar yang  seimbang. Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Faktor yang mempengaruhi pembentukan kurikulum sekolah di Malaysia berdasarkan kehendak dan keperluan pelajar dalam pendidikan.Kurikulum yang dibentuk mestilah menyeluruh dari segi penyampaian ilmu pengetahuan dan kemahiran yang seimbng  agar apa yang dirancangkan itu dapat memberi kesan yang positif  kepada pelajar sebagai individu. Kurikulum juga dibentuk untuk membangunkan potensi pelajar dari segi  jasmani, intelektual,  sosial dan  rohani. Pembentukan potensi pelajar dapat meningkatkan sahsiah diri yang cemerlang dari pelbagai sudut.Perkembangan individu dalam bidang kognitif, psikomotor dan afektif juga penting dalam pembentukkan kurikulum di Malaysia.




Halatuju Kurikulum

1956 - General Syllabuses and Timetable Committee ditubuhkan
1964 - General Syllabuses and Review Committee ditubuhkan
1965 - Pendidikan Komprehensif dimulakan
1967 - Report of the Committee on Curriculum Planning and Development
1973 - Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ditubuhkan
1982 - KBSR dilaksanakan di 302 buah sekolah rendah sebagai percubaan
1983 - KBSR dilaksanakan di semua sekolah rendah
1988 - Pelaksanaan KBSR sepenuhnya dicapai
1988 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran bahasa
1989 - Pelaksanaan KBSM bermula untuk mata pelajaran lain
1989 - Kemahiran Hidup Program Peralihan dimulakan di tingkatan.
1989 - Pelaksanaan PKBS di tahun 1 hingga tahun 6 di semua sekolah rendah
1989 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilancarkan di 100 buah sekolah rendah
1991 - Mata pelajaran Kemahiran Manipulatif dilaksanakan di 1000 buah sekolah 
rendah.
1991 - Kemahiran Hidup bersepadu dimulakan di Tingkatan.
1992 - Mata pelajaran Kemahiran Hidup Manipulatif dilaksanakan di 3000 buah sekolah 
rendah
1993 - Kemahiran Hidup mula dilaksanakan di Tahun 4 di semua sekolah rendah.Sekolah yang telah melaksanakan Kemahiran Manipulatif meneruskannya di Tahun 5 dan 6 sekolah rendah
















No comments:

Reka Bentuk Kurikulum Malaysia

PENGURUSAN KURIKULUM BILIK DARJAH (KPF 4023) 1 NORHASLINDA BINTI ROSLI L20221012708 2 NU...